Bagaimana buat blog wordpress

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Power point tugasan 1

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Kerjaya Bidang Automotif

 

Sumber sebenar :http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/kerjaya/503

Penulis :Nadiah Binti Abdul Rahman

Apabila memperkatakan mengenai kerjaya dalam bidang automobil, satu industri yang sememangnya berkaitan terus dengan bidang ini ialah kejuruteraan automotif.

Sememangnya kejuruteraan automotif merupakan bidang yang paling utama dalam kerjaya yang berkaitan dengan bidang automobil. Ini kerana  industri automobil merupakan industri yang berkembang pesat di serata dunia, bukan sahaja di China, Thailand dan Malaysia, bahkan di Eropah Tengah dan Timur. Kini isu yang asyik diperkatakan dalam industri automobil ini ialah isu mesra alam terungkap kepada tiga unsur penting iaitu pelepasan gas, penggunaan plastik mesra alam dan penggunaan bahan api secara optimum. Seperti mana yang diperjuangkan dalam Protokol Kyoto 1997 yang bertujuan untuk menyelaraskan tindakan secara global untuk mengurangkan peningkatan suhu bumi. Jadi dunia memerlukan kepakaran daripada bidang kejuruteraan automotif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi kini.

Justeru itu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan di Malaysia termasuk juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) menawarkan kursus Kejuruteraan Automotif atau kursus-kursus lain yang berkait dengan bidang automobil.

Di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kursus Kejuruteraan Automotif telah ditawarkan pertama kali pada sesi 1999/2000. Kursus Automotif ini ditawarkan sebagai pengkhususan dalam kursus Kejuruteraan Mekanikal, meliputi kursus rekabentuk automotif, struktur dan dinamik kenderaan, kuasa dan pemindahan (kuasa keretapi), kenderaan aerodinamik, elektronik, ergonomik, bahan automotif dan penghasilan.

Oleh sebab itu, graduan kursus ini memenuhi keperluan jurutera dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dan juga pengkhususan bidang automotif. Seorang jurutera automotif akan menjalankan aktiviti atau tugasnya berdasarkan kepada cakupan pekerjaannya dalam bidang penyelidikan, rekabentuk, pembangunan dan penghasilan pelbagai jenis kenderaan berat dan ringan. Dalam mencipta atau menghasilkan suatu rekabentuk kenderaan terkini, mereka akan menggunakan ilmu yang telah dipelajari seperti enjin dan pemindahan, kenderaan dinamik, aerodinamik, analisis struktur kenderaan, elektronik dan lain-lain. Ini akan dibuat berdasarkan kualiti jaminan untuk memenuhi permintaanstandard, persembahan atau prestasi dan juga keselamatan. Biasanya, jurutera automotif bekerja dalam bidang rekabentuk dan penghasilan automotif.

Segelintir individu akan mencari kerjaya dalam bidang pengeluaran kenderaan secara komersial seperti lori, bas, kereta ‘sport’, kereta lumba, traktor ataupun keretapi. Pasaran untuk jurutera dalam bidang automotif di Malaysia berkembang pesat disebabkan oleh perkembangan sektor automotif yang dikuasai oleh PROTON, PERODUA, MODENAS dan HICOM. Beberapa syarikat pengeluar asing juga telah menyediakan pelbagai jenis kenderaan di Malaysia. Dalam menyokong perkembangan industri automotif, banyak syarikat komponen automotif yang telah ditubuhkan. Prestasi yang tinggi dalam sektor kenderaan di Malaysia dengan campur tangan PETRONAS juga telah wujud dan dijangka berkembang dengan pesatnya.

Tambahan lagi, terdapat syarikat seperti Master Builder, Malaysian Truck & Bus dan sebagainya telah menceburi bidang penghasilan kenderaan berat termasuklah lori dan bas. Oleh sebab itu, graduan UTM dalam bidang Kejuruteraan Automotif mempunyai peluang kerjaya atau pekerjaan yang sangat tinggi untuk menjawat jawatan sebagai jurutera ataupun pengurus dalam industri automotif samada di Malaysia ataupun di luar Negara.

Bidang Kejuruteraan Mekanikal (automotif) menjurus kepada bidang saintifik, operasi dan rekabentuk automobil. Kursus yang ditawarkan oleh UTM merupakan satu-satunya kursus automotif yang ada di Malaysia. Kursus ini dibahagikan kepada beberapa bidang pengkhususan seperti berikut:

 

Bidang Pengkhususan Penerangan
Pembakaran Dalaman

 

Bidang in mengkaji proses pembakaran yang berlaku di dalam silinder. Maka, prinsip termodinamik digunakan untuk mengenalpasti proses pembakaran yang berlaku. Faktor mempengaruhi pembakaran turut dikaji.
Sistem Kejuruteraan Automotif Bidang ini termasuklah sistem tambahan dalam automobil. Pengetahuan asas tentang sistem hidraulik (tekanan air) dan pneumatik (tekanan udara) sangat diperlukan, sistem pengurusan elektronik dan bekalan kuasa diperkenalkan.
Struktur Automotif Bidang ini memastikan integriti dan kekuatan bahan tertentu yang digunakan. Dengan menggunakan pelbagai dimensi dan ketahanan, kekuatan bahan, pemesongan sinar dinding yang nipis dan analisis bahagian secara terbuka, struktur boleh ditentukan.
Rekabentuk Automotif Rekabentuk automotif ialah kajian tentang pengetahuan teknikal di mana ianya menggabungkan kebolehan untuk merancang, menilai dan memulakan aktiviti rekabentuk.
Kenderaan Dinamik Bidang ini memfokuskan pergerakan di atas permukaan yang tidak rata dan permukaan yang linear/lurus, yang boleh meningkatkan ciri-ciri perbezaan sesuatu pergerakan.
Penghasilan Automotif Bidang ini memfokuskan tentang pelbagai kaedah dalam pengumpulan komponen automotif dan teknologi pengeluaran dalam menghasilkan komponen automotif utama.

 

Terdapat tiga kelayakan kemasukan untuk Ijazah Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di UTM.

A. Kelayakan minimum kemasukan untuk lepasan STPM

 

Syarat Asas Universiti Syarat Utama Program
  1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan yang baik
  2. Lulus dan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.
  3. Mendapat sekurang-kurangnya band 1 dalam peperiksaan Malaysian University English Test(MUET).
  4. Lulus dalam STPM atau peperiksaan yang setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya :
  5.      i.        Gred C dalam Pengajian Am.
  6.     ii.        Gred C dalam mana-mana dua mata pelajaran yang lain.
    1. Lulus STPM dengan PNGS sekurang-kurangnya 2.75
    2. Lulus STPM sekurang-kurangnya gred B (2.67) dalam Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
    3. Lulus dan mendapat kepujian dalam Matematik dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.
    4. Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi pembelajaran.

 

 

 

B. Kelayakan minimum kemasukan untuk lepasan Matrikulasi dalam Program Asasi Sains

 

Syarat Asas Universiti Syarat Utama Program
  1. Mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.
  2. Lulus dalam Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia- sekurang-kurangnya mendapat PNGS 2.00 dan lulus semua matapelajaran pengkhususan yang diambil.
  3. Mendapat sekurang-kurangnya band 1 dalam peperiksaan Malaysian University English Test(MUET)
    1. Lulus dan mendapat kepujian dalam Matematik dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.
    2. Lulus STPM sekurang-kurangnya gred B (2.67) dalam Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia, sekurang-kurangnya mendapat PNGS 2.75 serta lulus semua mata pelajaran pengkhususan yang diambil.
    3. Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi pembelajaran.

 

 

C. Kelayakan minimum kemasukan untuk lepasan Diploma

 

 

Syarat Asas Universiti (lepasan Sijil) Syarat Asas Universiti (lepasan Diploma) Syarat Utama Program
  1. Lulus SPM atau peperiksaan yang sama taraf dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran
    1.              i.        Bahasa Melayu
    2.             ii.        Matematik
    3. Mendapat sijil dari Politeknik@ yang sama taraf dalam kursus yang relevan dengan mendapat minimum ;
      1. PNGS 2.00
      2. Lulus semua mata pelajaran pengkhususan
      3. Calon diminta untuk menghantar transkrip keputusan sijil (semester I-semester akhir)

 

 

  1. Lulus SPM atau peperiksaan yang sama taraf dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran
    1. Bahasa Melayu
    2. Matematik
    3. Mendapat sekurang-kurangnya band 1 dalam peperiksaanMalaysian University English Test (MUET).
    4. Memegang kelayakan lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diakui oleh Senator.

 

 

 

  1. Lulus dan mendapat kepujian dalam Matematik dalam SPM atau peperiksaan lain yang sama taraf.
  2. Mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari UTM  atau yang sama taraf dan mendapat sekurang-kurangnya PNGS 2.50

ATAU

  1. Mempunyai Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari UTM atau yang sama taraf dan mendapat sekurang-kurangnya PNGS 2.30 dan pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya 2 tahun.
  2. Tidak mempunyai masalah kesihatan yang boleh mempengaruhi pembelajaran.

 

 

 

Sebenarnya banyak bidang-bidang yang berkaitan automobil yang mempunyai kerjaya luas jika seseorang pelajar telah melepasi peringkat asas pembelajaran di universiti sebelum memasuki dunia pekerjaan sebenar.

Kini negara Malaysia memerlukan jurutera yang mahir dan pakar dalam bidang ini untuk meningkatkan mutu industri automobil di Malaysia sekaligus meningkatkan ekonomi negara. Diri anda sendiri yang menentukan samaada ingin memiliki kemahiran dan kepakaran dalam bidang ini. ‘Tepuk dada tanyalah selera’.

 

 

Posted in Uncategorized | 4 Komen

Industri Automotif

Industri automotif

Sumber : Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Industri automotif merangkumi apa-apa bidang yang berkaitan kenderaan bermotor, dan ia merupakan sektor ekonomi terpenting dalam hasil pendapatan. Namun istilah industri automotifselalunya tidak termasuk industri lain yang berkaitan kenderaan selepas kenderaan bermotor dihatar kepada pengguna seperti bengkel kereta dan stesen minyak.

Trend penggunaan

Lebih kurang 250 juta kenderaan digunakan di Amerika Syarikat. Di seluruh dunia, terdapat lebih kurang 806 juta kereta dan lori ringan pada tahun 2007, menggunakan lebih 260 bilion gelenbahan api petrol dan diesel setiap tahun.[1] Sesetengah pihak berpendapat bahawa sistem pengangkutan awam bandar terbukti tidak berdaya tahan, menggunakan tenaga berlebihan, memberi kesan terhadap kesihatan populasi, serta menawarkan tahap perkhidmatan yang semakin menurun walaupun dengan pelaburan yang semakin meningkat. Kebanyakan kesan negatif tersebut tertumpu kepada kumpulan sosial yang kurang cenderung memiliki serta memandu kereta.[2][3][dead link] [4][dead link]Pergerakan pengangkutan yang berdaya tahan tertumpu kepada penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Cawangan Detroit bagi Kumpulan Konsultan Boston meramalkan bahawa, menjelang tahun 2014, satu pertiga daripada permintaan dunia tertumpu kepada empat negara BRIC (Brazil, Rusia, India dan China). Pasaran automotif lain yang berpotensi untuk berkuasa ialah Iran dan Indonesia.[5]

Sejarah

Kereta berenjin petrol pertama yang praktikal dibina oleh Karl Benz pada tahun 1885 di Mannheim, Jerman. Benz memperoleh paten bagi keretanya pada 29 Januari 1886, serta memulakan pengeluaran kereta pada tahun 1888, selepas isterinya Bertha Benz melakukan perjalanan jauh pertama pada Ogos 1888 – dari Mannheim ke Pforzheim dan pulang semula – sekaligus membuktikan bahawa pedati tanpa kuda tersebut sangat sesuai untuk kegunaan harian. Sejak tahun 2008, Laluan Memorial Bertha Benz diwartakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Tidak lama kemudian, Gottlieb Daimler dan Wilhelm Maybach di Stuttgart pada tahun 1889 mereka bentuk sebuah kenderaan dari mula sebagai sebuah kereta dan bukannya kereta kuda yang dilengkapi enjin. Mereka juga dinamakan sebagai pencipta motosikal pertama, Daimler Reitwagen, pada tahun 1885, tetapi Enrico Bernardi dari Universiti Padua di Itali, pada tahun 1882, telah mempatenkan enjin petrol satu silinder 0.024 kuasa kuda (Templat:Convert/W) 122 cc (Templat:Convert/cid) yang dipasang pada basikal roda tiga anak lelakinya, menjadikannya salah satu calon kereta pertama, serta motosikal pertama;.[6]:p.26 Bernardi membesarkan basikal roda tiga itu pada tahun 1892 untuk membawa dua penumpang dewasa.[6]

Pengeluaran kenderaan bermotor sedunia

Mengikut tahun

Pengeluaran kenderaan bermotor dunia

(kereta dan kenderaan komersial)

Tahun Pengeluaran Perubahan Sumber
1997 52,987,000   [7]
1998 57,987,000 -2.70% [7]
1999 56,258,892 2.98% [8]
2000 58,374,162 3.80% [9]
2001 56,304,925 -3.50% [10]
2002 58,994,318 4.80% [11]
2003 60,663,225 2.80% [12]
2004 64,496,220 6.30% [13]
2005 66,482,439 3.10% [14]
2006 69,222,975 4.10% [15]
2007 73,266,061 5.80% [16]
2008 70,520,493 -3.70% [17]
2009 60,986,985 -13.50% [18]

 

Hubungan pengeluar

Adalah lumrah bagi sesebuah pengeluar kereta untuk memiliki saham dalam syarikat automotif lain. Pemilikan ini akan diterangkan dengan lebih lanjut bagi sesebuah syarikat individu.

Hubungan terkini yang utama termasuklah:

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Permohonan Kemasukan Sekolah Menengah Teknik dan Kolej Vokasional 2013

Pelajar-pelajar tingkatan tiga yang akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 dan berminat menyambung pembelajaran di tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional bagi sesi pengambilan tahun 2013 bolehlah membuat permohonan sekarang.

Aliran

Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran menyediakan 4 aliran utama;

  • Pendidikan Teknikal
  • Pendidikan Vokasional
  • Latihan Kemahiran
  • Pendidikan Asas Vokasional

 

Pendidikan Teknikal

Bidang teknikal dikhususkan kepada pelajar yang cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universitipoliteknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

Aliran teknikal menyediakan 5 kumpulan pakej kursus iaitu;

  1. Kejuruteraan Mekanikal
  2. Kejuruteraan Awam
  3. Kejuruteraan Elektrik
  4. Perdagangan
  5. Sains Pertanian.

Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional memberikan peluang kepada pelajar yang berpencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat kepada pembelajaran bercorak vocational (berkaitan pekerjaan). Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Pendidikan vokasional menyediakan 7 kumpulan kursus iaitu;

  1. Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
  2. Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
  3. Teknologi Kejuruteraan Awam
  4. Hospitaliti
  5. Perniagaan
  6. Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  7. Pertanian

Latihan Kemahiran

Latihan kemahiran dikhususkan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung kepada pembelajaran secara hands-on (amali). Isi kandungan kursus-kursus bidang kemahiran ditetapkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Murid yang tamat dengan jayanya mengikut peraturan yang ditetapkan oleh JPK akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang diiktiraf oleh industri.

Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Mulai tahun 2010, BPTV memperkenalkan program traineeship kepada murid aliran ini jika mereka berminat dan mendapat persetujuan ibubapa. Program ini membolehkan murid mengikuti pembelajaran di sekolah selama 3 hari, dan 2 hari di tempat kerja yang sesuai dengan kursus yang diikuti murid. Tempat kerja ditentukan dengan persetujuan sekolah dan ibubapa dengan kerjasama industri. Program traineeship ini memberi peluang murid mendapat pendedahan awal kepada alam pekerjaan semasa di bangku sekolah lagi.

Latihan kemahiran menyediakan 18 pakej kursus iaitu;

  1. Pemesin Am
  2. Jurukimpal / Juruteknik Kimpalan
  3. Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal
  4. Juruteknik Automotif
  5. Mekanik Kenderaan Motor / Mekanik Automotif
  6. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara
  7. Furniture Maker
  8. Jurubina Bangunan
  9. Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu
  10. Jurupaip
  11. Juruteknik Elektrik
  12. Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan
  13. Demi Chef
  14. Pembuat dan Mereka Pakaian Wanita
  15. Pendandan Rambut
  16. Jurukecantikan
  17. Juruteknik Akuakultur
  18. Pekerja Ladang Pertanian

Pendidikan Asas Vokasional

Kursus Rintis Program Pendidikan Asas Vokasional pula dijalankan di 15 buah Sekolah Menengah Kebangsaan dan menawarkan 11 kursus.

Kursus yang ditawarkan adalah Pakaian dan Jahitan, Menservis Motosikal, Membuat Perabot, Automotif, Tanaman, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penyediaan dan Penyajian Makanan, Akuakultur, Pendawaian Elektrik, Hiasan Dalaman, Visual dan Animasi

Senarai Kolej, Sekolah & Kursus

Sila rujuk Unjuran Kolej, Sekolah & Kursus untuk menyemak kursus yang ditawarkan di setiap Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik.

Syarat Umum

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Pemohon hendaklah:
    • Berada di Tingkatan 3 dan akan menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
    • Telah menduduki peperiksaan percubaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) Tahun 2012.
  • Kesihatan diri pemohon:
    • Mestilah sihat tubuh badan dan sesuai dari segi fizikal.
    • Bebas dari penyakit seperti masalah jantung, darah tinggi, kencing manis, sawan (epilepsy) dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan atau menghadkan pelajar daripada menjalankan kerja kursus dan kerja amali.
  • Pemohon kursus Kejuruteraan (Elektrikal, Mekanikal dan Awam) mestilah tidak rabun warna.

Syarat Khusus

  • Pendidikan Teknikal – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Pendidikan Vokasional
    • Kategori A – Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori B – Mendapat sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
    • Kategori C – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup.
  • Latihan Kemahiran – Mendapat sekurang-kurangnya Gred D pada peringkat PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kemahiran Hidup.

Maklumat lebih terperinci sila rujuk Syarat Khusus SMT & KV

Permohonan

  • Permohonan ke SMT dan KV boleh dibuat dengan dua cara:
    1. Secara online melalui laman web Kementerian Pelajaran di Sistem Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik / Kolej Vokasional 2013 .
    2. Secara manual dengan datang sendiri ke SMT atau KV yang berdekatan. Borang permohonan boleh diperolehi di situ.
  • Kemudahan asrama disediakan di hampir semua SMT dan KV kecuali KV Kuching dan SMK Sultan Abdul Samad. Walaupun begitu kemudahan asrama tertakluk kepada had yang ditetapkan bagi setiap sekolah.

Temuduga

  • Pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga di SMT dan KV yang berkenaan.
  • Pemohon diminta hadir temuduga dengan berpakaian lengkap sekolah. Sila bawa bersama salinan kad pengenalan, keputusan peperiksaan percubaan PMR 2012 yang telah disahkan oleh pihak sekolah pemohon dan sijil-sijil berkaitan.

Tarikh Tutup

Tarikh tutup permohonan untuk ke Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik 2013 adalah pada 30 Disember 2012.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan dijangka akan diumumkan sebelum sesi persekolahan 2013 bermula.

Rayuan Kemasukan

Bagi permohonan yang tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui online atau datang sendiri ke Kolej Vokasional atau Sekolah Menengah Teknik yang berkenaan.

Pertanyaan & Maklumat

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Tips jimat minyak

BUKAN mudah hendak membuang tabiat pemanduan yang salah.
Dengan kebimbangan dan kemarahan yang memuncak, pemandu yang bijak akan melakukan apa sahaja untuk menjimatkan penggunaan petrol.
Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tip berikut:

* Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekankan pedal minyak, lebih banyak minyak yang digunakan.
Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.

Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada merah, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek.

Kedua-dua tip ini mampu meningkatkan penggunaan petrol sehingga 35 peratus berdasarkan kajian yang dijalankan oleh laman automotif.

* Walaupun tidak menekan minyak dengan kuat, kelajuan boleh menghabiskan banyak petrol. Lebih laju anda memecut, lebih banyak angin yang diperlukan untuk menolak kereta ke depan.

Berdasarkan satu lagi laporan konsumer, pemanduan kereta pada kelajuan 75 batu sejam daripada 65 batu sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara tiga hingga lima batu setiap gelen, bergantung kepada jenis kenderaan.

* Tabiat mengekori kenderaan lain adalah satu perkara yang patut dielakkan.
Selain tidak selamat, perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menekan brek, anda terpaksa memijak lebih cepat. Kemudian, anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula.

* Rilekskan diri dan memandu secara hemah. Pastikan kereta anda sejauh dua saat dari kereta di hadapan dengan mengira dua saat dalam hati.

* Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama.
Dengan enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was. Dengan membiarkan enjin seminit akan menghabiskan minyak sejauh setengah batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California.

Sebab itu kereta hibrid akan mematikan enjin gasolin apabila ia berhenti bergerak, walau sesaat. Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.

* Jangan membeli makanan melalui kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ketulan ayam.

sumber :http://tipkenderaan.blogspot.com/

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Tips Pemanduan : Air mineral elak tangki karat

SALAH satu komponen yang mudah dilihat di bahagian enjin kereta ialah sistem penyejuk enjin atau dikenali sebagai radiator.

Tugas utama sistem berkenaan untuk meminimumkan suhu panas enjin ketika berfungsi kerana tanpa sistem itu, kemungkinan enjin mudah terbakar.

Kegagalan radiator berfungsi dengan sempurna menyebabkan enjin menjadi terlalu panas sehingga menyebabkan beberapa komponen gagal melakukan tugas dengan baik.

Sebagai pemilik kenderaan, mereka perlu memastikan paras air dalam tangki radiator mencukupi sebelum memulakan perjalanan, sama seperti memeriksa tahap minyak pelincir.

Kebanyakan radiator dipasang di bahagian depan enjin atau lebih tepat di belakang gril kerana kedudukan itu terbukti sesuai untuk menyejukkan enjin dengan tolakan angin ketika kenderaan bergerak.

Bagaimanapun, ada sesetengah model kereta menempatkan radiatornya di sebelah enjin sama ada kiri atau kanan.

Sistem itu dianggap kurang berkesan tetapi angin masih mampu mengalir di sebelah jaring radiator berbanding jenis yang dipasang di bahagian depan enjin.

Radiator mengandungi tiga bahagian penting iaitu atas, jejaring radiator dan tangki bawah.

Jejaring radiator pula mempunyai ratusan lubang kecil yang berfungsi sebagai penyerap air yang mengalir dari atas ke bawah tangki, mengikut pusingan bahagian penyejuk pada bahagian enjin.

Setiap kali air mengalir ke ratusan lubang kecil itu akan menghasilkan air sejuk dengan bantuan angin ketika kereta bergerak.

Sesetengah kereta pula menggunakan radiator jenis pengaliran melintang (crossflow), sistem yang dianggap memberi manfaat kepada enjin kenderaan berat.

Cara radiator berfungsi ialah menerusi pusingan air dari tangki ke dua saluran tiub yang dipasang ke bahagian atas dan bawah tangki ke enjin.

Kegagalan pusingan itu berfungsi dengan normal akan menyebabkan enjin menjadi panas.

Lazimnya, ada beberapa sebab masalah itu berlaku, antaranya tangki tersumbat oleh kepingan logam atau tangki berkaratkerana jarang dicuci.

Oleh itu, pemilik kereta dinasihatkan mencuci tangki dari semasa ke semasa bagi mengelakkan saluran air radiator menjadi karat.

Karat bukan saja menyebabkan pengaliran air dari bahagian tangki ke bahagian enjin tersumbat, malah boleh berlakukebocoran sama ada pada tangki itu sendiri atau pada dua tiub getah yang disambungkan ke tangki berkenaan.

Untuk mengelak perkara itu berlaku, salah satu cara mengelak tangki dimamah karat ialah dengan mencampurkan air dengan kimia yang disyorkan di kedai aksesori.

Sesetengah pemilik kereta mencampurkan bahan penyejuk (coolant) ke tangki untuk mengurangkan suhu panas ketika enjin bergerak.

Kebanyakan kenderaan model terbaru kini menyediakan tangki air simpanan yang diletakkan bersebelahan dan pemilik tidak perlu lagi membuka penutup radiator.

Ia berfungsi sebagai air simpanan untuk menampung bekalan air ketika tangki utama kekurangan air.

Kebanyakan radiator diperbuat daripada logam, tetapi ada sesetengahnya diperbuat daripada plastik.

Untuk mengelakkan karat, pemilik dinasihatkan supaya menggunakan air mineral untuk menambah kandungan air dalam tangki air simpanan radiator.

Ini kerana air paip dipercayai boleh menyebabkan karat dalam tempoh beberapa tahun manakala air mineral yang dijual di kebanyakan kedai adalah air semula jadi yang lebih bersih dan bebas daripada pencemaran.

air radiator adalah recommend servis 5 bulan sekali. flush and coolant. coolant kena pakai branded seperti castrol dan sebagainya. kalau bali brand ayam, nanti kena tipu, kerana ada kes coolant pakai pewarna sahaja.

coolant 50% air mineral 50%. tangki spare isi coolant sahaja, jangan isi penuh, isi ikut kapasiti yang telah digariskan di tangki spare.

sumber sebenar : http://tipkenderaan.blogspot.com/

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Anak ke dua ku Mohammad Niyaz Nu’man

Imej

 

Di lahirkan pada 25 september 2012

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Nur Diyanah Afiqah bersama moto FZ150i

 

salam semua..ni anak sulung teman,da masuk dua tahun pun 1 zulhijjah…alhamdulillah  dari segi perkembangan psikomotor mmg idea cz nk memanjatttt jee..tu moto pun nk panjat..anah anah anak abi

 

 

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

Motor ku

Motor ku

telah dicipta rekod 170 km/h….

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen